Hana Halil
Action Speaks Louder than Words
Jul 4, 2012
Jom Holiday:Bukit Tinggi part1
Seperti yg AQ janjikan,entry kali nak kongsi dgn uolls semua percutian ala-ala oversea gteww.Ke mana? haaaaaa, ke bukit tinggi. Sbb ape ala-ala oversea, nanti korng tgk la sndiri yee. Tmpt ni otw nak ke genting highlands tu. Mesti penah tertengok nyer signboard 'Bukit Tinggi' kann. Dan sebenarnya, AQ thu psl tmpt ni pun sbb tgk album kwn AQ kat FB die. So, dri situ trus falling in love dgn tmpt ni. Sbb ape, nanti korang tgk sndiri pics yaa. Nak ke tempat ni, x jauh bg mereka yg duduk kt area k-el. AQ yg kt area kajang ni agk jauh+jammed. Berjanggut AQ nk tgu kreta clear. Gerak pukul 11.30am, sampai kt sne dlm pukul 1.30pm mcm tu. Hotel yg AQ stay is Colmar Tropicale@Berjaya Hills Resort.Checked in,sepatutnya jam 3, tp disebabkan bilik ktorang dh ready,time tu jgk dpt kunci.
AQ booked awal hotel ni, a week b4 nak ke sana, thru call reservation. Tapi payment is needed, by ATM banking. B4 ke sana, AQ google psl tmpt ni. Mmg mahal kalau utk mkn2, sbb tu AQ ngn mak AQ msk siap2,bwk stok meggi byk2, then kat sne tak perlu la nk membazir. Like ice-cream cornetto for RM5. Mmg share utk 5 org la kann. Cuaca kt sne, act can be tolerate with our body. Tak sejuk sgt dan x panas sgt. Kalau mlm tu, kalau terlupa nak bwk sweater, its ok. Kat sini,mcm2 tempat yg korang boleh pergi. Japanese Garden, Botanical Garden, Rabbit Farm. Bagi mereka yg sukakan cbaran, boleh pergi ke paint ball zone, rock climbing, absailing, dan canopy walk. Untuk masuk ke tempat ni, bagi mereka yg menginap di colmar Tropicale, entrance nak ke Japanese garden dan Botanical Garden is free. Sbb untuk masuk ke area Colmar Tropicale, akn ade kaunter untuk pembayaran. Like entrance fee. Tapi, bila korang nk checked out, diorang akn bagi balik duit entrance tu. Bagi mrk yg tidak menginap, entrance fee perlu dibayar dan tidak akn dipulangkan.
Ready for the pictures?
welcome to colmar tropicale, pepols |
aviator di pagi yg suam-suam panas agr tampak ala-ala retis cket |
pemandangan dri hotel. seb baek tak terskodeng org duk tkr baju ke hape kann |
tempat urut mengurut je senanyer. |
'eh, spiderman pon shooting kt sini?' |
'dib, angkat kaki mcm akak ni tau, baru ohsem' |
ratapan anak tiri. HAHAHA |
saya tourist guide anda. mari ikut saya. |
'bergaya ala model menjadi kebiasaan saya, w/ponn saya bukan model' |
'time is priceless' |
total cost: 20ringgit sahaja. |
lihat tangan giant ku inee |
so gothic this swan. teringat beg skolah brand SWAN. |
muka fokus nak menang |
night view |
waktu malam, most souvenier shops closed. so xdpt nk sopping |
these three awesome peoples are philiphinos |
part 2 plak, AQ akn bwk korang ke Japanese Garden. Tunggu yaaaa
Apr 16, 2012
Handbags and Women.
Wanita dan handbag memang tak boleh dipisahkan kan. Macam kanak-kanak baru akil baligh dengan jerawat yang tumbuh memang tak hengat.Ibarat tak lengkap penampilan yang dah bervogue habis tapi, ade sesuatu yang tertinggal.Selain kasut, handbag lah yg menjadi pilihan wanita sekalian untuk berbelanja.
Wanita mampu untuk menghabiskan sejumlah masa dan wang dalam memilih pakaian yang berstail, dan sentiasa mengikuti fashion terkini.Bahkan sanggup berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain kalau tak jumpa yang berkenan.
Mungkin tanpa sedar, handbag adalah aksesori penting dalam penggayaan sesautu stail. Handbag yang dibawa mungkin sesuai dengan anda, atau mungkin sebaliknya.Handbag juga mencerminkan personaliti kita. Ia mesti mencerminkan diri kamu!
Kali ini, Hana akan memberikan bebrapa tips ketika memilih handbag. Kepada para wanita sekalian....Let's Cekedautttt...
- Anda seharusnya membeli berdasarkan bentuk badan mereka. Cuba bayangkan gadis bertubuh kecil membawa handbag yang sedabak besarnya.Saiz handbag seharusnya dipiih mengikut rangka badan anda.
- Bagi anda yang tinggi dan kurus, boleh menggunakan pelbagai jenis handbag. Cuma anda perlu elak membawa beg yang kecil. Wanita tinggi membawa beg yang kecil membuatkan dirinya kelihatan besar.Beg yang sederhana besar hingga ke saiz yang lebih besar adalah yang terbaik buat anda.
- Apabila membeli, jangan hanya melihat pada handbag itu sahaja. Perhatikan pula jika diletakkan di tangan anda, atau di bahu anda dengan melihat pada cermin.
- Ramai daripada kita beranggapan warna handbag perlu 'matching' dengan pakaian kita. Ia sebenarnya bukanlah peraturan.Kadangkala, anda mungkin suka untuk membuat kelainan dengan menimbulkan kesan kontra pada penampilan anda.
- Handbag perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga poket- telefon, kunci, dan barang keperluan lain seperti pen, 'business card holder dan lain-lain.
- Pastikan Pemegang/tali handbag boleh dipakai di tangan dan di bahu. Bayangkan ketika anda membawa purse dalam jangka masa yang lama, anda boleh menukar posisi untuk mengurangkan bebanan otot anda.Jauhi tali berbesi kerana ianya menambah bebanan beg.
- Handbag yang dibeli seharunya berbaloi dengan harga yang anda bayar.Kenalpasti material, poket, zip, tali,dan bahagian yang lain.
- Jangan terburu-buru memilih. Ambil masa anda.
Enjoy membeli..................................
Subscribe to:
Posts (Atom)