Apr 14, 2012

Sihat dengan 'Fish Oil'




Peredaran masa yang semakin pantas, membuatkan kita hampir terlupa untuk menjaga kesihatan. Tak kira kesihatan luaran mahupun dalaman, kedua-duanya amat penting untuk memastikan tubuh badan kita dapat berfungsi  dengan sewajarnya. Orang muda, orang tak berapa nak muda, malah kanak-kanak perlu menjaga kesihatan. Cuba kita tengok, zaman sekarang kebanyakan kanak-kanak sudah melebihi berat badan atau dikenali sebagai obes. Obesiti dikalangan kanak-kanak tidak seharusnya berlaku kerana  ketika ini, tahap metabolisma dan tahap kecergasan mereka tinggi, maka potensi untuk mempunyai berat badan berlebihan tidah seharusnya berlaku.

Akan tetapi, masyarakat kita mula sedar akan kepentingan kesihatan dalam kehidupan harian. Kecanggihan dari segi sains, teknologi dan penyelidikan ketika ini menyebabkan ramai masyarakat berlumba-lumba untuk mendapatkan yang terbaik untuk mereka dan keluarga.

Bergantung kepada perspektif kita, memilih makanan tambahan atau 'supplement' merupakan satu kerja mudah atau merumitkan. Di pasaran, terdapat beratus-ratus jenama makanan tambahan yang boleh dipilih. Kali ini, Hana akan menceritakan kebaikan Fish Oil.

Minyak ikan atau 'fish oil' berasal dari tisu ikan. Fish oil mengandungi  omega 3- fatty acids eicosapentaenoic acid (EPA), dan docosahexaenoic acid (DHA) di mana kedua-duanya mempunyai kebaikan untuk kesihatan.


Kebaikan:

Mengurangkan risiko penyakit jantung.
-mengurangkan paras kolestrol LDL, iaitu kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol HDL, iaitu kolestrol baik. Fish oil menghalang pengumpulan triglyceride and seterusnya mengurangka paras triglyceride yang berlebihan dalam darah.


Mengurangkan keradangan / Inflammation, dan Kesakitan (Sendi)
- omega-3 berupaya sebagai anti-inflammation dan mengurangkan kesakitan di bahagian tendon / joint.


Bagus untuk kulit
- EPA dan DHA dalam omega-3 berupaya mengawal penghasilan minyak/sebum, meningkatkan tahap hidrasi pada kulit, mengurangkan acne dan kedutan. EPA berupaya untuk melindungi kulit daripada sinar matahari UVA yang menyebabkan kedutan, garisan dan kerosakan kulit kekal.











antara kebaikan yang lain




Rujukan:


8 Fish Oil Benefits Proven By Research
http://www.fishoilblog.com/8-fish-oil-benefits.php


Top 20 Proven Health Benefits of Fish Oil
http://www.fish-oil-advice.com/benefits-of-fish-oil/