Apr 15, 2012

Apa ada dengan Double standard?

1) pernah tak anda pergi ke suatu kedai ni. punya beriya-iya lah kan nak usha barang dan berkemungkinan besar korang akan membeli di kedai tu. katakan kedai baju. anda datang bersama kawan anda. tapi ketika itu, anda berpakaian biasa. maksud aq sangat biasa. yang tak menunjukkan anda ni sebagai orang berduit. pakai selipar up cket dari selipar jepun. jeans lusuh dan t-shirt yang dah dua hari korang pakai. tetapi, disebabkan penampilan luaran anda itu, anda dilayan bagai orang melukut ditepi gantang. (betul ke peribahasa tu). erti kata lain, promoter tu tidak menjalankan tugas hakiki dengan sepenuhnya. 


apa yang akan anda lakukan?

a) blah dari kedai itu. banyak kedai yg lg bgus.!

b) speaking english. kalau tahu bahasa sepanyol yg korang blaja kat u tu, lagi bgus. biar ternganga cket mulut promoter tu.

c) keraskan hati. buat muka selamba.

d) cukup la tu, aq bagi tiga pilihan.





pada siapa.

berjauhan dengan emak, dengan ayah, adik-beradik, rakan sepermainan. berjauhan dengan mereka menjadikan kita kuat. bukan lemah. tidak mengalah pada musibah, tidak juga mengalah pada sang kegagalan. doa dan restu mereka dijadikan pembakar semangat dan pendorong untuk mencapai matlamat.

sebulan menjangkau dua bulan. dan hampir setahun di tempat orang. perasaan rindu dipendam. pada siapa engkau mengadu perasaan itu? 

sahabat. apa guna sabahat jika tidak memahami? apa guna sahabat jika senang dicari, susah menghilang?




aku mengadu pada sahabatku kerinduanku.
aku mengadu pada sahabatku kerisauanku.
aku mengadu pada sahabatku kekecewaanku.
aku mengadu pada sahabatku kegembiraanku.
aku mengadu pada sahabatku kehilanganku.
aku mengadu pada sahabatku kejayaanku.

























-terima kasih sahabatku.......

Green tea. The secrets revealed.








Penemuan teh hijau atau 'green tea' oleh masyarakat cina pada empat ribu tahun yang lepas menjadikan teh hijau begitu popular kerana dipercayai mampu untuk dijadikan sebagai herba dan bahan perubatan. Berdekad lamanya teh hijau dijadikan sebagai bahan kajian dari segi saintifik dan perubatan untuk mengenal pasti keberkesanannya. Dari segi perubatan tradisional masyarakat cina dan india, teh hijau telah digunakan berkurun lamanya sebagai 'stimulant','astringent' dan meningkatkan kesihatan jantung. 

Teh hijau yang berasal daripada tumbuhan Carmellia Sinensis diproses di bawah proses stim dan oksidasi yang minimum, berbanding teh hitam atau 'black tea' yang melalui proses pengoksidaan secara lengkap.Proses ini adalah penting untuk memastikan paras anti-oksidan, tannins, dan flavonoids dapat dikekalkan.

Setelah kajian dijalankan sedekad yang lalu oleh para penyelidik, sememangnya teh hijau terbukti mempuyai pelbagai khasiat dari sudut kesihatan.


Teh hijau dan kebaikannya:




- 'The International Journal of Obesity' menyatakan teh hijau mengandungi polyphenol yang berupaya menghasilkan haba yang berlebihan dalam badan dan membakar kolestrol.


- Teh hijau mengandungi Epigallocatechin atau (EGCG) yang berupaya untuk memusnahkan sel-sel kanser tanpa mengganggu tisu sekeliling.


- Kajian oleh beberapa pelajar di University of Geneva membuktikan diet teh hijau adalah seperti mereka menggunakan lemak berbanding mereka yang tidak mengamalkan diet teh hijau, di mana lemak tidak digunakan.


- EGCD membantu mempercepatkan pengaliran tenaga dalam badan (24 jam sehari).


- Mengurangkan risiko strok.


- Kandungan catechin polyhenol dalam teh hijau membantu untuk melambatkan tindakbalas gastrik dan 'pancreatic lipases', di mana kedua-duanya adalah enzim yang bertanggungjawab untuk menukar kalori kepada lemak.


- Catechin juga berupaya memusnahkan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.


- Catechin mampu untuk memberhentikan sel kanser dari terus merebak.


- Polysaccharides dan bahan lain dalam teh hijau membantu merendahkan paras gula dalam darah.


- Teh hijau yang kaya dengan anti-oksidan Vitamin E melambatkan proses penuaan.


- Meningkatkan kadar metabolisma badan.


- Tahap pembakaran lemak ditingkatkan dan membantu dalam diet harian.


- Bagus untuk jantung.


- Fungsi dalam Sistem keimunan dapat ditingkatkan.














Rujukan:

52 Earth-Shattering Green Tea Benefits



The Miracle of Green Tea