Apr 16, 2012

Handbags and Women.







Wanita dan handbag memang tak boleh dipisahkan kan. Macam kanak-kanak baru akil baligh dengan jerawat yang tumbuh memang tak hengat.Ibarat tak lengkap penampilan yang dah bervogue habis tapi, ade sesuatu yang tertinggal.Selain kasut, handbag lah yg menjadi pilihan wanita sekalian untuk berbelanja. 

Wanita mampu untuk menghabiskan sejumlah masa dan wang dalam memilih pakaian yang berstail, dan sentiasa mengikuti fashion terkini.Bahkan sanggup berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain kalau tak jumpa yang berkenan.

Mungkin tanpa sedar, handbag adalah aksesori penting dalam penggayaan sesautu stail. Handbag yang dibawa mungkin sesuai dengan anda, atau mungkin sebaliknya.Handbag juga mencerminkan personaliti kita. Ia mesti mencerminkan diri kamu!

Kali ini, Hana akan memberikan bebrapa tips ketika memilih handbag. Kepada para wanita sekalian....Let's Cekedautttt...



- Anda seharusnya membeli berdasarkan bentuk badan mereka. Cuba bayangkan gadis bertubuh kecil membawa handbag yang sedabak besarnya.Saiz handbag seharusnya dipiih mengikut rangka badan anda.


- Bagi anda yang tinggi dan kurus, boleh menggunakan pelbagai jenis handbag. Cuma anda perlu elak membawa beg yang kecil. Wanita tinggi membawa beg yang kecil membuatkan dirinya kelihatan besar.Beg yang sederhana besar hingga ke saiz yang lebih besar adalah yang terbaik buat anda.


- Apabila membeli, jangan hanya melihat pada handbag itu sahaja. Perhatikan pula jika diletakkan di tangan anda, atau di bahu anda dengan melihat pada cermin.


- Ramai daripada kita beranggapan warna handbag perlu 'matching' dengan pakaian kita. Ia sebenarnya bukanlah peraturan.Kadangkala, anda mungkin suka untuk membuat kelainan dengan menimbulkan kesan kontra pada penampilan anda.


- Handbag perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga poket- telefon, kunci, dan barang keperluan lain seperti pen, 'business card holder dan lain-lain.


- Pastikan Pemegang/tali handbag boleh dipakai di tangan dan di bahu. Bayangkan ketika anda membawa purse dalam jangka masa yang lama, anda boleh menukar posisi untuk mengurangkan bebanan otot anda.Jauhi tali berbesi kerana ianya menambah bebanan beg.


- Handbag yang dibeli seharunya berbaloi dengan harga yang anda bayar.Kenalpasti material, poket, zip, tali,dan bahagian yang lain.


- Jangan terburu-buru memilih. Ambil masa anda. 

Enjoy membeli..................................