Dec 22, 2011

Jom tingkatkan metabolisma


Badan sihat, otak cergas. Yes bebeh. It is freaking true. Ramai orang mengabaikan kesihatan terutamanya kesihatan tubuh badan. Makan, tidur, dan makan dan tidur. Dah seghupe ular sawo dah. Tak bole..tak bole macam tu. Badan manusia macam mesin jugak. Kalau lama sangat tak beroperasi, mesin tu cepat rosak. Same goes to us. Umur baru muda belia remaja, tapi dah sakit-sakit. Sengal otot tu, lenguh kaki ni, cepat letih. Cuba banding dgn nenek moyang zaman dolu-dolu. Toreh getah, pegi bendang tanam padi, pastu balik nak kene masak. Zaman dulu mane ade beskal, motor, keta bagai. Redah pakai kaki je der. Sebab ape. Depa jaga pemakanan. Mane minum ais-ais ni. Semua rebus-rebus je. Mcd, kepc, pizza hut tak dak lagi. 

Jadi, ape tu metabolisma..?

Suatu proses yang dilakukan oleh tubuh badan kita untuk menukar apa yang kita makan dan minum kepada suatu bentuk tenaga. Ianya proses yang kompleks, dan kalori dalam setiap diet pemakanan akan digabung bersama oksigen agar tenaga yang terhasil dapat diguna oleh tubuh badan kita. Hatta ketika sedang bersantai/berehat pun badan kita memerlukan tenaga supaya setiap sel badan berfungsi dengan normal.  Sebab tu, bila korunk bangun tidur, perut mesti lapar kan. Ha, sebab ni lah. Jumlah kalori yang digunakan oleh tubuh dikenali sebagai basal metabolic rate (BMR) atau dipanggil metabolisma. (ooooo...lagu tu kaaaa)




Antara faktor yang menentukan tahap metabolism kita adalah:

  • Ukuran dan koposisi tubuh badan.
Semakin besar tubuh seseorang, atau semakin banyak otot yg ada, maka semakin banyak jumlah kalori yang dibakar ( macam hipotesis sains darjah 6 dah aq rse)
Jantina. Lelaki mempunyai lemak yang kurang, tetapi otot yang banyak berbanding wanita dengan usia dan berat yang sama. Jadinya, lelaki akan membakar kalori lebih tinggi berbanding wanita. (chill ladies, chill....)

  • Usia
Semakin bertambah usia anda, jumlah otot cenderung untuk berkurang dan sang lemak yang jahat akan bertambah, maka proses pembakaran kalori pon menjadi perlahan.


Jadi, bagaimana nak bakar kalori dan lemak tepu ni?

  • Berlatih aerobic dengan teratur. Aerobik mempunyai rutin yang berbeza-beza seperti berjalan, berbasikal, dan berenang. Tentukan target 30 minit aktiviti fizikal ini ke dalam rutin harian anda. Jika ingin menurunkan berat badan, bererti anda perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
  • Kuatkan otot-otot anda. Latihan seperti mengangkat ‘dumbell’ sangat penting kerana membantu menghalang berkurangnya otot akibat pertambahan usia. Oleh kerana otot membakar kalori lebih banyak berbanding lemak, bermakna kunci kejayaan dalam menurunkan berat badan adalah ‘sila bina otot anda sekarang’...
  • Amalkan gaya hidup sihat. Setiap gerakan ekstra membantu membakar kalori. Rajin-rajin lah untuk memilih tangga dari menaiki lif, bergerak pantas, atau parking kenderaan lebih jauh. Berkebun, mencuci kereta, bersihkan rumah juga menuymbang kepada usaha anda itu.
  • Minum banyak air. Kita memang sedia maklum dengan hal ini. Dan kebanyakannya tidak mengambil berat kepentingan air. Badan perlukan air untuk memproses kalori. Jika kita kekurangan air, maka metabolism menjadi perlahan. Untuk kekal cergas, minum banyak-banyak air walaupon terpaksa menjadi pengunjung setia mr.toilet. Dan amalkan minum air sebelum makan. (i have tried it and actually yes.)
  • Makan dengan kerap. Bukan makan dengan kuantiti yang banyak. Sounds crazy right!!. But it’s true. Sebenarnya, bila kita makan dengan jumlah yang banyak, akan melatih metabolisma untuk bertindak dengan lebih perlahan.
  • Makan makanan yang pedas-pedas. Kerana mempunyai sebatian kimia yang mampu meningkatkan meabolisma kita. Jadi, jom minum sos cili beramai-ramai.
  • Teh hijau sangat awesome. Meminum teh hijau mampu untuk tingkatkan metabolisma untuk beberapa jam. (hasilnya mmg menakjubkan..wahh giteww...)




berangan. boleh membakar kalori anda juga





jom lompat macam saya









minumlah susu cap ibu untuk dapatkan tulang macam saya

Lawak Babas

Perut berkeroncong dgn lagu metallica. Acid hidroklorik dlm perut ni mencurah-curah keluar. Nak masak malaz. Nak keluar super muper malaz. Tegok air kosong je, bak kate ajis dlm seniman bujang lapok. Serius nak habis sem ni, semua malaz. Tapi, memang kene lepuk dgn ayah la kalau AQ ckp direct mcm tu. Kang  tak grad plak. Oh jangan. Fuh..Fuh..Mintak dijauhkan.


Bende ni dh lame kepam dlm kepala otak AQ. Tinggal nak kene rewind balek je. al-maklum la, processor otak AQ ni  tak upgrade. Tu yg kejap jammed, kejap shut down. Jom layan ceghiteer AQ sambil mkn kopok super ring. Super ring yg sedap menjadi kegilaan zaman kanak2 AQ, kalau makan letak kat stiap satu jari buat macam cincin. Pastu makan satu-satu. Layan habes. Habis meratah, gigi masing-masing kaler oren, siap korek-korek lagi. Tak nak bazir. Bile ingat balik,...eueewww...AQ kah itu..Alaaa.,korunk pon mst penah buat kan..kan..kan..


Melalut sampai nepal dah AQ ni. Back to topic pls...... Kalau AQ tak belajar kat sarawak ni, blom tentu AQ dapat merasa/menghidu/melihat/mendengar naik belon. Bukan mat belon, atau belon besday yg bli 3 singgit tu. Belon tu kapal terbang. Ngerti ngakk..?..Masa dapat tawaran blaja kat sini, AQ dah bayang naik belon sambil lambai-lambai bak princess diaries kat mak ayah. Agak jakun jugak pertama naik. Tapi, gwa tak tunjuk la kejakunan gwa. Air muke mak pak  gwa kene jaga. Kang tak pasal-pasal depa tak ngaku anak plak. Nayaa.


Tak silap AQ la, mase tu nak balik raya. Msih muda belia remaja lagi. Tahun 1 giteww. Nak jadi crita, AQ balik sorang2. Muka penuh keyakinan (itu perlu), dengan dressup tak hengat punya. Bag laptop  5 kilo AQ jinjing kat bahu. Tudung dah senget menget AQ tak kisah. Berjam-jam menunggu sampai kematu bontot AQ tak peduli. Flight pukul 3, sampai pkul 12. Exsaitet punyer pasal. 

Dan tiba la flight ak5206 ke lcct. Orang kool tak beratur depan-depan der. gwa bratur paling blakang. Ape barang bratur dpn. Sampai giliran AQ, tiket dan i/c di periksa oleh stewardess. Ok, lepas. Seat AQ blakang jugak la. Tali pinggang dah siap pakai. Cuba untuk beramah mesra dgn penumpang sebelah menyebelah, tapi dipandang sepi. Malu sebentar. Argh..Lantak lah. Janji AQ dpt beraya dgn mak pak AQ.


Tiba-tiba, AQ terdengar seseorang memanggil. Memanggil nama yang serupa dgn nama AQ. Mule-mule gwa wat bodoh je. Tapi siap panggil mention name pak AQ, siapa tak gabra. 'miss nur farhana bt halil. please come forward and introduce youself at cabin crew.' Ahh sudah. Apa hal plak ni. AQ orang malaysia. bukan warga tibet. memang mata sepet, tapi percaya lah. Nak tak nak, memang AQ terpaksa jugak lah. Seat belt AQ tanggal, dgn rakus AQ capai beg laptop 5 kilo. Tahap kemaluan toksah nak kata. Rugi tak bawak helmet. Boleh apply time tu jgak. 


Tetibe menjadi siti nurhaliza sebentar. Jadi retis selama 60 saat. Bukan senang nak dapat. Langkah gwa dah macam avatar. Muke biru tak ckup oksigen. Sampai je dpn, depa boleh cakap.....'miss nur farhana..flight ini akan berlepas ke sibu. cik dah silap naik ni'....yes der. Serius realiti. Gwa macam nak tampar muke sendiri, tarik sideburn tinggi-tinggi time tu jugak. Gwa salah naik flight. Ke SIBU, bukannyer LCCT. AQ tak tahu kalau depa tak panggil name AQ, mmg tahun tu AQ beraya di perantauan la. Nanti korang tengok utusan, ade la gambar salam perantauan AQ.


Malu semalu malunya mase tu. AQ tak toleh dah, terus AQ blah. Itu pasal belon tak gerak-gerak, rupenyer ade malaun tersilap naik kapal. AQ lateww..Malu AQ bertambah berganda bile mak cik tukang sapu kat epot siap boleh tanya..' kitak silap naik belon ka..?'...hanya mampu sengih cam kerang busuk time tu. 

#Kalau tersilap naik flight pegi london bagus jugak.






berjaya untuk tidak beraya di perantauan





muka exsaitet dapat balik beraya..yabedabedooo..