Dec 22, 2011

Jom tingkatkan metabolisma


Badan sihat, otak cergas. Yes bebeh. It is freaking true. Ramai orang mengabaikan kesihatan terutamanya kesihatan tubuh badan. Makan, tidur, dan makan dan tidur. Dah seghupe ular sawo dah. Tak bole..tak bole macam tu. Badan manusia macam mesin jugak. Kalau lama sangat tak beroperasi, mesin tu cepat rosak. Same goes to us. Umur baru muda belia remaja, tapi dah sakit-sakit. Sengal otot tu, lenguh kaki ni, cepat letih. Cuba banding dgn nenek moyang zaman dolu-dolu. Toreh getah, pegi bendang tanam padi, pastu balik nak kene masak. Zaman dulu mane ade beskal, motor, keta bagai. Redah pakai kaki je der. Sebab ape. Depa jaga pemakanan. Mane minum ais-ais ni. Semua rebus-rebus je. Mcd, kepc, pizza hut tak dak lagi. 

Jadi, ape tu metabolisma..?

Suatu proses yang dilakukan oleh tubuh badan kita untuk menukar apa yang kita makan dan minum kepada suatu bentuk tenaga. Ianya proses yang kompleks, dan kalori dalam setiap diet pemakanan akan digabung bersama oksigen agar tenaga yang terhasil dapat diguna oleh tubuh badan kita. Hatta ketika sedang bersantai/berehat pun badan kita memerlukan tenaga supaya setiap sel badan berfungsi dengan normal.  Sebab tu, bila korunk bangun tidur, perut mesti lapar kan. Ha, sebab ni lah. Jumlah kalori yang digunakan oleh tubuh dikenali sebagai basal metabolic rate (BMR) atau dipanggil metabolisma. (ooooo...lagu tu kaaaa)




Antara faktor yang menentukan tahap metabolism kita adalah:

  • Ukuran dan koposisi tubuh badan.
Semakin besar tubuh seseorang, atau semakin banyak otot yg ada, maka semakin banyak jumlah kalori yang dibakar ( macam hipotesis sains darjah 6 dah aq rse)
Jantina. Lelaki mempunyai lemak yang kurang, tetapi otot yang banyak berbanding wanita dengan usia dan berat yang sama. Jadinya, lelaki akan membakar kalori lebih tinggi berbanding wanita. (chill ladies, chill....)

  • Usia
Semakin bertambah usia anda, jumlah otot cenderung untuk berkurang dan sang lemak yang jahat akan bertambah, maka proses pembakaran kalori pon menjadi perlahan.


Jadi, bagaimana nak bakar kalori dan lemak tepu ni?

  • Berlatih aerobic dengan teratur. Aerobik mempunyai rutin yang berbeza-beza seperti berjalan, berbasikal, dan berenang. Tentukan target 30 minit aktiviti fizikal ini ke dalam rutin harian anda. Jika ingin menurunkan berat badan, bererti anda perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
  • Kuatkan otot-otot anda. Latihan seperti mengangkat ‘dumbell’ sangat penting kerana membantu menghalang berkurangnya otot akibat pertambahan usia. Oleh kerana otot membakar kalori lebih banyak berbanding lemak, bermakna kunci kejayaan dalam menurunkan berat badan adalah ‘sila bina otot anda sekarang’...
  • Amalkan gaya hidup sihat. Setiap gerakan ekstra membantu membakar kalori. Rajin-rajin lah untuk memilih tangga dari menaiki lif, bergerak pantas, atau parking kenderaan lebih jauh. Berkebun, mencuci kereta, bersihkan rumah juga menuymbang kepada usaha anda itu.
  • Minum banyak air. Kita memang sedia maklum dengan hal ini. Dan kebanyakannya tidak mengambil berat kepentingan air. Badan perlukan air untuk memproses kalori. Jika kita kekurangan air, maka metabolism menjadi perlahan. Untuk kekal cergas, minum banyak-banyak air walaupon terpaksa menjadi pengunjung setia mr.toilet. Dan amalkan minum air sebelum makan. (i have tried it and actually yes.)
  • Makan dengan kerap. Bukan makan dengan kuantiti yang banyak. Sounds crazy right!!. But it’s true. Sebenarnya, bila kita makan dengan jumlah yang banyak, akan melatih metabolisma untuk bertindak dengan lebih perlahan.
  • Makan makanan yang pedas-pedas. Kerana mempunyai sebatian kimia yang mampu meningkatkan meabolisma kita. Jadi, jom minum sos cili beramai-ramai.
  • Teh hijau sangat awesome. Meminum teh hijau mampu untuk tingkatkan metabolisma untuk beberapa jam. (hasilnya mmg menakjubkan..wahh giteww...)




berangan. boleh membakar kalori anda juga





jom lompat macam saya









minumlah susu cap ibu untuk dapatkan tulang macam saya

No comments: