Dec 25, 2011

Nature. Yang terbaik

Hei ladies. Semalam AQ dah wat entry pasal Penjagaan kulit bersama saya, jadi hari ni pulakk AQ nak kongsi petua penjagaan muka menggunakan bahan semulajadi. Ape yang AQ nak share ni memang AQ pernah buat dan kesannya sangat awesomee vavavoom. Kebaikan guna bahan-bahan semulajadi ni kerana  murah satu hal, pastu kesan sampingan jarang la berlaku. Senang plak nak dapat. Korang pi godek2 dalam kabinet dapur, mesti jumpa punya.


Antara petua yang AQ dah cuba adalah............................:

  • topeng muka/mask. guna putih telur untuk buang whitehead/blackhead terutama di kawasan hidung, dan dagu. tunggu sampai kering, dan tarik perlahan-lahan. kalau bernasib baik, korang akan nampak black/white head yang degil tu. kuning telur jangan buang. boleh diguna untuk melembab kulit muka juga.

  • untuk buang black/whitehead. guna serbuk agar-agar yang dicampur dengan susu dan cairkan. susu berfungsi untuk melembutkan kulit. sejukkan sebentar, dan sapu dibahagian hidung. biar sampai kering, dan perlahan-lahan tanggalkan. jangan lupa untuk sapu moisterizer untuk elak kulit mengelupas.

  • untuk menegangkan kulit muka. guna  dry seaweed yang ada jual kat supermarket. jangan beli yang ade flavor plak. untuk buat sushi tu. tahu kann. selain bagus untuk kesihatan, ia bagus untuk kulit muka. basahkan dengan air. bila dah menjadi lembut, lumur je kat muka tu. tunggu hingga kering. korunk dapat rasa kulit menjadi sangat tegang. juga untuk kembalikan kelembapan kulit dan menjana pertumbuhan sel-sel kulit.

  • eyebag. mudah saja. teabag yang dah diguna jangan dibuang terus. letak kat bahagian mata. tunggu selama 20-30 minit. sambil-sambil tu, korunk layan tido dlu. baru tak bosan. ye takkk...atau pun guna timun yang dah dilenyekk. letak kat area muka dan mata. jangan basuh muka lepas tu tau. biar lebihan air dari timun tu serap ke dalam kulit.

  • selain timun, tomato juga bagus untuk kulit muka. jus tomato campur dengan limau nipis. tunggu selama 15-20 mint, dan basuh dengan air suam. ianya berupaya untuk mengecilkan pori-pori kat muka. selain itu, berfungsi untuk menghalang dark spot, dan membersih dan menyegarkan kulit.

sushi is good for your health. seaweed too.




green tea too....



Penjagaan kulit muka bersama saya

Kulit muka yang bersih seperti bayby yg baru lahir. siapa yang tak nak kann. Menjadi idaman setiap wanita, dan lelaki juga (mayb) gitewww. Suatu bonus kepada korunk yg muka dah sedia mmg bersih tanpa dihinggap sang jerawat, jeragat dan segala mak nenek lah. Sungguh stress dan tension tahap cipan kowt kalo kulit muke dah macam kawah bulan. Produk kecantikan dah berbotol-botol guna. Tapi, hasilnya...naaaaaah. Membazir satu hal, kulit plak jadi makin teruk.. Arghhhh. Tak suke nyaaaa. Apakah penyelesaiannya..?Masih ada harapan lagi kah?.Boleh diselamatkan?. 

Bagi AQ, alhamdulillah. Kulit muka AQ tak bagi masalah sangat. Cuma nya, muka ini sangat la sensitip dengan certain products with highly chemical contains. like paraben,. Masa AQ darjah 6, jerawat ade jugak la muncul. Nak bermanja-manja dengan tuannye. Konon.Cehhh..Jerawat yg kecil-kecil tu. Dan target kemunculan kat area dahi. Agak banyak jugak la. Kulit pun sangat-sangat lah oily. Hormon kowt....Saat-saat kemunculan, normal lah tu kan. Hehehe..

Naik skolah menengah, jerawat dah makin berkurang. But yet, still oily. Stress blaja kot. (ok, alasan semata). AQ start guna facial wash time ni lah. Dan, AQ bukan regular person who sticks on one product. Bermacam-macam produk AQ try. Biore, Syurah, clean&clear, dan banyak lagi lah. Lupa sudah. Nasib baik takda masalah.

Lepaih tu, masa matrik, tak banyak perubahan pada kulit muka AQ. Just simple routine. Cuci muka dan pelembab. Masa tu, AQ guna sabun muka carrot soap dari RZAC. Ok lah. Jerawat jarang muncul. Dulu AQ suka sangat dengan krim fair&lovely. Best sangat. Tak berminyak. Dan selama beberapa tahun AQ pkai, kulit cerah jugak.  Sebenarnya, kulit AQ gelap. Serius benar. Bila tengok balik gambar masa kecik, perghhh...Macam sungai dengan laut kowt. Jauh beza. Selepas berdedikasi dengan fair&lovely, kulit makin cerah. Masa ni, AQ pakai produk-produk lain masih tak berlaku alahan pd kulit muka.

Woraitt...Masuk uni, AQ lebih concern jaga kulit muka. Menjadi seorang yg sangat obses dengan produk-produk kecantikan. Dan, habit AQ ni akhirnya memakan diri sendiri. AQ pernah beli produk ZA, dari facial wash, toner, moisterizer, exfoliating cream, dan lupa dah.. sekaligus AQ borong. banyak jugak duit AQ terbang bak layang-layang terputus talinya. Nak dijadikan cerita, sebelum tu, AQ ada trecking masuk redah hutan kat Taman negara bako. Memang muka comot, berdaki segala lah...Balik tu, AQ pun dengan rakusnya guna lah produk-produk ni. Malam tu jugak kulit muka jadi gatal segatal-gatalnya. Sumpah macam cipan. Bengkak dan rasa muka panas. Lebih dari seminggu jugak nak elok. AQ tak tahu lagi AQ allergic pada apa. Jadi, ingat allergic sebab masuk hutan hari tu. So, AQ pun dengan lurusnya masih guna produk ZA tu. Dan, sekali lagi AQ allergic. Lepas tu, AQ pun dengan pasrah nya terus buang la semua tu. Yang ni AQ tak berapa sure, tapi kwn AQ ckp produk ni hanya tahan dalam 3 bulan je. Bile AQ check balek, huh...Memang expired dah kowttttt...Patut la promoter tu so eager promote barang kat AQ. 

Sekarang ni, AQ lebih berhati-hati masa membeli. Its better than sorry. Korang perasan tak iklan sabun basuh 'yang mahal tak semestinya bagus...' tu. Dats true dear. Ada satu hari tu, terfikir nak cuba produk yang mahal lah kan. Selalu orang anggap, produk yang mahal dan berjenama tu, mesti bagus kan. Naaaa.. Tak semestinya. Contohnya, AQ pernah beli cream moisterizer clinique yang mahal nak mampos tu. rege sratus lima belaz hinggit. Masa beli, dah terbayang lepaih ni, makin cantik r kulit AQ. Makin gebu macam roti naan. Hipotesis bertentangan dengan keputusan. Kulit muka AQ jadi berminyak, dan kusam. Takde effect langsung. Zero. Nak nyesal benda dah beli. Menyumpah dalam hati. Itu yang termampu AQ buat.

Macam yang AQ ckp tadi, AQ seorang pembeli tegar yang suka mencuba sesuatu yang baru. Antara produk yang AQ try dan allergic lepas guna adalah pelembab avon, skinz, garnier, loreal, za, silky girl make up remover, wet tissue jenama simple, facial wash aiken. Pening jugak la bila nak try suatu produk tu. Nak kena scan ingredients dlu. 

Sekarang. AQ jarang cuci muka. Kalau terasa nak cuci, AQ cuci guna sabun susu kambing yg dulu femes org dok pakai tu. AQ hanya rajin pakai moisterizer, mask, scrub, face mist je. Produk yang AQ guna skarang ni plak adalah dari Etude House, elianto, theface shop, tak pun nature republic. Perasan tak semua dari korea. Yezzaaa. Yang AQ suke produk-prosduk ni sebab kandungan kimia kurang dan lebih mengandungi  bahan-bahan semulajadi. Dan tiada kesan sampingan pada kulit AQ. Sejak AQ pakai produk dari jenama-jenama ni, kulit makin sangat okeyy. Tak kusam. Jerawat jarang-jarang yang amat nak naik. Akhirnya, AQ dah temui produk yang benar-benar serasi dengan AQ. Yihaaaaa..

Baiklah. Tiba lah masa AQ nak kongsi rutin harian AQ jaga kulit muka:

  • cuci muka bila rasa muka dah berminyak dan kotor sangat dengan sabun susu kambing. Tips untuk korunk semua. Masa cuci muka tu, selawat beberapa kali. Amalan ni AQ buat sejak sekolah menengah lagi. Kesannya, alhamdulillah.

  • Pakai pelembab etude moistfull soothing gel. Sangat awesome. Serap dengan cepat, dan tidak berminyak. Bila terasa kulit kering je, terus pakai. Malam pun AQ hanya pakai produk ni je. Kalau nak keluar rumah, seharusnya dan memang wajib pakai sunblock. Dan sebaiknya pilih yang ada SPF15 dan keatas, dan pa+++. SPF tu macam melindungi kulit dari matahari dan elak sunburn. lagi banyak nilai SPF, lagi lama perlindungan. PA+,++, atau +++ plak untuk lindungi sinaran UV matahari yang berbahaya dan untuk elak kulit cepat kusam, dan berjeragat. Cuaca terutama kat malaysia ni kan panas, kering dan berdebu. Jadi, amatlah disarankan untuk mengambil berat pasal sunblock ni ya. Sunblock yg AQ pakai biore UV perfect face milk. SPF 50 dan PA+++. Bagusnya produk ni sebab bleh dijadikan sebagai makeup base. Sangat awesome, dan AQ syor korunk beli produk ni. Berbaloi-baloi. Ianya tidak berminyak langsongg.

  • Apabila kerajinan tiba, AQ akan pakai mask@yogurt. pun dari etude. Fungsi untuk lembut, relaks dan bagi nutrition cket kat muka ni. Pakai 2 atau 3 kali seminggu. Akhir sekali, untuk kecilkan pores kat muka ni. Sebab kalau pores terlalu besar pun akan memudahkan kotoran, minyak, bahan kimia dari makeup dan bakteria terperangkap, dan akhirnya si jerawat, blackhead atau whitehead muncul. AQ guna etude mini size u set. AQ baru guna produk ni dan tak bleh la nak bagi komen, sebab baru lagi kan.

  • sebelum tidur, jangan minum air terlalu banyak sampai naik buncit perut tu. Nanti mata sembab dan ada eye bag. Sik kacak bah.

Secara keseluruhan, rutin penjagaan muka AQ mudah je. Janji kene rajin lah. Nasihat AQ bila nak beli sesuatu produk tu:

  • tengok tarikh luput/expired date. dan baca kandungan/ingredients. penting kalau anda allergic/alahan pada sesuatu bahan kimia.
  • jangan menganggap sesautu yang mahal itu bagus. tidak betul mitos itu. kalau rajin, browse internet dan tengok review dari pengguna yang telah cuba sesuatu produk. kadang kala ianya betul. tapi kena ingat, kulit manusia berbeza-beza. dan tahap keberkesanan juga begitu.

  • kalau belum pernah pakai produk tu, tanya dan tanya pada promoter. promoter lebih mengetahui. sebab itu kerja mereka. jangan malu untuk bertanya. untuk kebaikan anda juga. tak gitewww.

  • kalau ada alahan, berhenti terus. antara tanda-tanda awal alahan seperti gatal yang berterusan, terasa panas, bengkak dan sakit bila ditekan.

  • tak rugi melabur untuk kebaikan diri. sekali-sekala manjakan diri anda dengan membeli sesuatu yang anda betul-betul idamkan.





masa matrik. muka belia remaja.





uni time. second year if not mistaken




second year juga.



wif my besties dekat topspot, kch.




wasssupp dude!

Dec 22, 2011

Jom tingkatkan metabolisma


Badan sihat, otak cergas. Yes bebeh. It is freaking true. Ramai orang mengabaikan kesihatan terutamanya kesihatan tubuh badan. Makan, tidur, dan makan dan tidur. Dah seghupe ular sawo dah. Tak bole..tak bole macam tu. Badan manusia macam mesin jugak. Kalau lama sangat tak beroperasi, mesin tu cepat rosak. Same goes to us. Umur baru muda belia remaja, tapi dah sakit-sakit. Sengal otot tu, lenguh kaki ni, cepat letih. Cuba banding dgn nenek moyang zaman dolu-dolu. Toreh getah, pegi bendang tanam padi, pastu balik nak kene masak. Zaman dulu mane ade beskal, motor, keta bagai. Redah pakai kaki je der. Sebab ape. Depa jaga pemakanan. Mane minum ais-ais ni. Semua rebus-rebus je. Mcd, kepc, pizza hut tak dak lagi. 

Jadi, ape tu metabolisma..?

Suatu proses yang dilakukan oleh tubuh badan kita untuk menukar apa yang kita makan dan minum kepada suatu bentuk tenaga. Ianya proses yang kompleks, dan kalori dalam setiap diet pemakanan akan digabung bersama oksigen agar tenaga yang terhasil dapat diguna oleh tubuh badan kita. Hatta ketika sedang bersantai/berehat pun badan kita memerlukan tenaga supaya setiap sel badan berfungsi dengan normal.  Sebab tu, bila korunk bangun tidur, perut mesti lapar kan. Ha, sebab ni lah. Jumlah kalori yang digunakan oleh tubuh dikenali sebagai basal metabolic rate (BMR) atau dipanggil metabolisma. (ooooo...lagu tu kaaaa)




Antara faktor yang menentukan tahap metabolism kita adalah:

  • Ukuran dan koposisi tubuh badan.
Semakin besar tubuh seseorang, atau semakin banyak otot yg ada, maka semakin banyak jumlah kalori yang dibakar ( macam hipotesis sains darjah 6 dah aq rse)
Jantina. Lelaki mempunyai lemak yang kurang, tetapi otot yang banyak berbanding wanita dengan usia dan berat yang sama. Jadinya, lelaki akan membakar kalori lebih tinggi berbanding wanita. (chill ladies, chill....)

  • Usia
Semakin bertambah usia anda, jumlah otot cenderung untuk berkurang dan sang lemak yang jahat akan bertambah, maka proses pembakaran kalori pon menjadi perlahan.


Jadi, bagaimana nak bakar kalori dan lemak tepu ni?

  • Berlatih aerobic dengan teratur. Aerobik mempunyai rutin yang berbeza-beza seperti berjalan, berbasikal, dan berenang. Tentukan target 30 minit aktiviti fizikal ini ke dalam rutin harian anda. Jika ingin menurunkan berat badan, bererti anda perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
  • Kuatkan otot-otot anda. Latihan seperti mengangkat ‘dumbell’ sangat penting kerana membantu menghalang berkurangnya otot akibat pertambahan usia. Oleh kerana otot membakar kalori lebih banyak berbanding lemak, bermakna kunci kejayaan dalam menurunkan berat badan adalah ‘sila bina otot anda sekarang’...
  • Amalkan gaya hidup sihat. Setiap gerakan ekstra membantu membakar kalori. Rajin-rajin lah untuk memilih tangga dari menaiki lif, bergerak pantas, atau parking kenderaan lebih jauh. Berkebun, mencuci kereta, bersihkan rumah juga menuymbang kepada usaha anda itu.
  • Minum banyak air. Kita memang sedia maklum dengan hal ini. Dan kebanyakannya tidak mengambil berat kepentingan air. Badan perlukan air untuk memproses kalori. Jika kita kekurangan air, maka metabolism menjadi perlahan. Untuk kekal cergas, minum banyak-banyak air walaupon terpaksa menjadi pengunjung setia mr.toilet. Dan amalkan minum air sebelum makan. (i have tried it and actually yes.)
  • Makan dengan kerap. Bukan makan dengan kuantiti yang banyak. Sounds crazy right!!. But it’s true. Sebenarnya, bila kita makan dengan jumlah yang banyak, akan melatih metabolisma untuk bertindak dengan lebih perlahan.
  • Makan makanan yang pedas-pedas. Kerana mempunyai sebatian kimia yang mampu meningkatkan meabolisma kita. Jadi, jom minum sos cili beramai-ramai.
  • Teh hijau sangat awesome. Meminum teh hijau mampu untuk tingkatkan metabolisma untuk beberapa jam. (hasilnya mmg menakjubkan..wahh giteww...)




berangan. boleh membakar kalori anda juga





jom lompat macam saya









minumlah susu cap ibu untuk dapatkan tulang macam saya

Lawak Babas

Perut berkeroncong dgn lagu metallica. Acid hidroklorik dlm perut ni mencurah-curah keluar. Nak masak malaz. Nak keluar super muper malaz. Tegok air kosong je, bak kate ajis dlm seniman bujang lapok. Serius nak habis sem ni, semua malaz. Tapi, memang kene lepuk dgn ayah la kalau AQ ckp direct mcm tu. Kang  tak grad plak. Oh jangan. Fuh..Fuh..Mintak dijauhkan.


Bende ni dh lame kepam dlm kepala otak AQ. Tinggal nak kene rewind balek je. al-maklum la, processor otak AQ ni  tak upgrade. Tu yg kejap jammed, kejap shut down. Jom layan ceghiteer AQ sambil mkn kopok super ring. Super ring yg sedap menjadi kegilaan zaman kanak2 AQ, kalau makan letak kat stiap satu jari buat macam cincin. Pastu makan satu-satu. Layan habes. Habis meratah, gigi masing-masing kaler oren, siap korek-korek lagi. Tak nak bazir. Bile ingat balik,...eueewww...AQ kah itu..Alaaa.,korunk pon mst penah buat kan..kan..kan..


Melalut sampai nepal dah AQ ni. Back to topic pls...... Kalau AQ tak belajar kat sarawak ni, blom tentu AQ dapat merasa/menghidu/melihat/mendengar naik belon. Bukan mat belon, atau belon besday yg bli 3 singgit tu. Belon tu kapal terbang. Ngerti ngakk..?..Masa dapat tawaran blaja kat sini, AQ dah bayang naik belon sambil lambai-lambai bak princess diaries kat mak ayah. Agak jakun jugak pertama naik. Tapi, gwa tak tunjuk la kejakunan gwa. Air muke mak pak  gwa kene jaga. Kang tak pasal-pasal depa tak ngaku anak plak. Nayaa.


Tak silap AQ la, mase tu nak balik raya. Msih muda belia remaja lagi. Tahun 1 giteww. Nak jadi crita, AQ balik sorang2. Muka penuh keyakinan (itu perlu), dengan dressup tak hengat punya. Bag laptop  5 kilo AQ jinjing kat bahu. Tudung dah senget menget AQ tak kisah. Berjam-jam menunggu sampai kematu bontot AQ tak peduli. Flight pukul 3, sampai pkul 12. Exsaitet punyer pasal. 

Dan tiba la flight ak5206 ke lcct. Orang kool tak beratur depan-depan der. gwa bratur paling blakang. Ape barang bratur dpn. Sampai giliran AQ, tiket dan i/c di periksa oleh stewardess. Ok, lepas. Seat AQ blakang jugak la. Tali pinggang dah siap pakai. Cuba untuk beramah mesra dgn penumpang sebelah menyebelah, tapi dipandang sepi. Malu sebentar. Argh..Lantak lah. Janji AQ dpt beraya dgn mak pak AQ.


Tiba-tiba, AQ terdengar seseorang memanggil. Memanggil nama yang serupa dgn nama AQ. Mule-mule gwa wat bodoh je. Tapi siap panggil mention name pak AQ, siapa tak gabra. 'miss nur farhana bt halil. please come forward and introduce youself at cabin crew.' Ahh sudah. Apa hal plak ni. AQ orang malaysia. bukan warga tibet. memang mata sepet, tapi percaya lah. Nak tak nak, memang AQ terpaksa jugak lah. Seat belt AQ tanggal, dgn rakus AQ capai beg laptop 5 kilo. Tahap kemaluan toksah nak kata. Rugi tak bawak helmet. Boleh apply time tu jgak. 


Tetibe menjadi siti nurhaliza sebentar. Jadi retis selama 60 saat. Bukan senang nak dapat. Langkah gwa dah macam avatar. Muke biru tak ckup oksigen. Sampai je dpn, depa boleh cakap.....'miss nur farhana..flight ini akan berlepas ke sibu. cik dah silap naik ni'....yes der. Serius realiti. Gwa macam nak tampar muke sendiri, tarik sideburn tinggi-tinggi time tu jugak. Gwa salah naik flight. Ke SIBU, bukannyer LCCT. AQ tak tahu kalau depa tak panggil name AQ, mmg tahun tu AQ beraya di perantauan la. Nanti korang tengok utusan, ade la gambar salam perantauan AQ.


Malu semalu malunya mase tu. AQ tak toleh dah, terus AQ blah. Itu pasal belon tak gerak-gerak, rupenyer ade malaun tersilap naik kapal. AQ lateww..Malu AQ bertambah berganda bile mak cik tukang sapu kat epot siap boleh tanya..' kitak silap naik belon ka..?'...hanya mampu sengih cam kerang busuk time tu. 

#Kalau tersilap naik flight pegi london bagus jugak.






berjaya untuk tidak beraya di perantauan





muka exsaitet dapat balik beraya..yabedabedooo..