Dec 25, 2011

Nature. Yang terbaik

Hei ladies. Semalam AQ dah wat entry pasal Penjagaan kulit bersama saya, jadi hari ni pulakk AQ nak kongsi petua penjagaan muka menggunakan bahan semulajadi. Ape yang AQ nak share ni memang AQ pernah buat dan kesannya sangat awesomee vavavoom. Kebaikan guna bahan-bahan semulajadi ni kerana  murah satu hal, pastu kesan sampingan jarang la berlaku. Senang plak nak dapat. Korang pi godek2 dalam kabinet dapur, mesti jumpa punya.


Antara petua yang AQ dah cuba adalah............................:

  • topeng muka/mask. guna putih telur untuk buang whitehead/blackhead terutama di kawasan hidung, dan dagu. tunggu sampai kering, dan tarik perlahan-lahan. kalau bernasib baik, korang akan nampak black/white head yang degil tu. kuning telur jangan buang. boleh diguna untuk melembab kulit muka juga.

  • untuk buang black/whitehead. guna serbuk agar-agar yang dicampur dengan susu dan cairkan. susu berfungsi untuk melembutkan kulit. sejukkan sebentar, dan sapu dibahagian hidung. biar sampai kering, dan perlahan-lahan tanggalkan. jangan lupa untuk sapu moisterizer untuk elak kulit mengelupas.

  • untuk menegangkan kulit muka. guna  dry seaweed yang ada jual kat supermarket. jangan beli yang ade flavor plak. untuk buat sushi tu. tahu kann. selain bagus untuk kesihatan, ia bagus untuk kulit muka. basahkan dengan air. bila dah menjadi lembut, lumur je kat muka tu. tunggu hingga kering. korunk dapat rasa kulit menjadi sangat tegang. juga untuk kembalikan kelembapan kulit dan menjana pertumbuhan sel-sel kulit.

  • eyebag. mudah saja. teabag yang dah diguna jangan dibuang terus. letak kat bahagian mata. tunggu selama 20-30 minit. sambil-sambil tu, korunk layan tido dlu. baru tak bosan. ye takkk...atau pun guna timun yang dah dilenyekk. letak kat area muka dan mata. jangan basuh muka lepas tu tau. biar lebihan air dari timun tu serap ke dalam kulit.

  • selain timun, tomato juga bagus untuk kulit muka. jus tomato campur dengan limau nipis. tunggu selama 15-20 mint, dan basuh dengan air suam. ianya berupaya untuk mengecilkan pori-pori kat muka. selain itu, berfungsi untuk menghalang dark spot, dan membersih dan menyegarkan kulit.

sushi is good for your health. seaweed too.




green tea too....



No comments: