Nov 28, 2011

Tak Mahal Pun..


As salam readers.


Tak terlewat rasanye nk mengucapkan selamat menyambut maal hijrah buat muslimin muslimat yg AQ hormati. Tanamkan azam baru, dan..dan jadikan tahun baru ni lebih baik drpd tahun sebelumnya okeyh. AQ juga inshaALLAH mahu menjadikan thun baru ni sebagai permulaan utk menjadi insan yg Berjaya dunia dan tentunya akhirat. Stop sampai sini dulu..Kembali ke topic asal.


‘TAK MAHAL PUN’..Ape yg x mahal nye ni..?.iPhone, galaxy tab, hatta makeup jenama MAC pun AQ rse dh maha mahal. Masuk toilet skunk ni pun, kne godek2 duit syiling lima puluh sen bru dpt melepas. Dan tahap kepuasan tidak seindah membayar  sekeping 50sen, menambahkan dosa-dosa kering menyumpah seranah penjaga toilet. Bukan..Bukan itu yg AQ maksudkan.


Cuba muhasabah dan igt sehabis baik, berapa kerap anda mengucapkan ‘TERIMA KASIH, THANK YOU, ARIGATO, SYUKRAN’ dan seangkatan lah dalam  seminggu. Tak yah dlm 1 hari. Belum tentu masuk rekod. Teringat kenangan kem Lambaian Danau masa matrik dulu. Tiap kali berhimpun, lagu Terima Kasih ni lah yg menjadi pilihan halwa telinga Pak Lek mendengar nyanyian sumbang mambang kami. Masa tu, x fikir lansung signifikan lagu ni. Peningkatan usia membuatkan AQ fikir, ucapan TERIMA KASIH mampu membuat musuh tersenyum, lawan menjadi kawan, penarik beca berlapang dada,  ibu ayah terkesan mendengar ucapan magis tu.


AQ sebenarnya amat kagum dengan kesopanan masyarakat Korea. Ini hasil pemerhatian AQ melalui drama/reality show mereka. Kalau korang x setuju, hak anda lah kan. Bagi AQ, mereka sgt menghormati antara satu sama lain, tak kisah senior, warga emas, mahupun sesiapa. Dan, ucapan TERIMA KASIH dan MAAF mmg tak boleh dipisahkan. Dah buat salah, say SORRY lah. It simple like that. Say THANK YOU lah bila org dah menolong memudahkan hidup anda. TAK MAHAL PUN...


Maaf cakap, sesetengah org agak sukar mengungkap ayat-ayat ni. Mungkin mereka anggap, ianya hal remeh, atau ego mereka terlalu tinggi..Mungkin.Mungkin benar telahan AQ. Siapa tak suka diri mereka dihargai. Memang kelentong besar lah tu kalau tak kan. Setiap manusia sukakan pujian. Setiap manusia ingin diri dihargai. Walau pertolongan tu, macam ‘Ala...Keje mcm ni pon AQ leh buat r. Tolong sikit je pon.’...Memang betul ianya biasa bagi korang, tapi apalah sgt dgn ucapan TERIMA KASIH korang tu kan..Ingat. Tak mahal pun..Dan tiada caj tersembunyi dikenakan OK..


Jadi, mulai hari ini tanamkan azam tahun baru korang dgn berusaha mengucapkan TERIMA KASIH kepada sesiapa saja yg telah memudahkan urusan kerja korang.

-dan TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa membaca entry AQ ni. Jumpa lagi di entry baru.


1 comment:

~che tin~ said...

memng xmahal pun....xsampai berapa lietr air liur pon klu cakap...tp people nowadays take for granted about this small-small tiny litle thing..*note how i describing saying thank you just a minute thing if u dont realize it...u get what i mean sis??...hahaha...a bit confusing but the point is there....arigato...